Posts

Bab 18 - Agent Visa Umrah DIY

Tidak semua Travel Agensi mahu berikan atau menguruskan permohonan visa umrah untuk jemaah DIY atas sebab pelbagai faktor. Jika anda bercadang hendak umrah secara DIY dan ingin membuat visa, admin sangat syorkan anda berurusan dengan Ejen Visa Umrah dibawah Setakat admin dan jemaah umrah diy berurusan dengan beliau, belum pernah lagi tidak dapat visa umrah bahkan KPI beliau visa dan pasport mesti diserahkan kembali kepada jemaah selewat-lewatnya 2 minggu sebelum berangkat. Permohonan visa umrah tidak dibuka sepanjang tahun. Visa umrah dibuka pada 1 Safar dan ditutup pada 15 Ramadan untuk memberi laluan kepada musim haji. Dalam kiraan kalender tahun Islam Ustaz Ben Hussin 010-3059185 ( whatsapp/telegram sahaja ) www.wasap.my/60103059185 visa.sedunia@gmail.com AGENT VISA UMRAH

Bab 17 : Cerita dongeng rakyat

Kebanyakkan penulis buku atau E-Book Umrah DIY jarang menyentuh tentang perkara ini. Ia berkaitan dengan cerita-cerita yang tiada kebenaranya. 1. Jemaah tidak boleh keluar dari airport jika Umrah secara DIY Kami seringkali menerima pertanyaan yang sama dari orang sekeliling jika diajak mengerjakan umrah secara DIY. Soalan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah “ dengar kata tak boleh keluar airport kalau pergi tanpa TA, betul ke ?”. Jawapannya ialah tidak benar. Setakat berada dalam komuniti Umrah DIY belum pernah dengar lagi jemaah Umrah DIY dihantar pulang kerana mengerjakan Umrah secara DIY. Sekiranya jemaah masuk dengan cara yang betul, dokumen yang dilampirkan semasa permohonan visa umrah benar dan tidak pernah melanggar undang-undang Arab Saudi Insyaallah tiada masalah. 2. Jemaah beserta passport ditahan ketika keluar dari airport Situasi yang sebenar ialah bukanlah jemaah dan passport ditahan. Ini merupakan proses biasa dari petugas Muassasah (TA) yang menunggu

Bab 16 – Contoh kos perbelanjaan keseluruhan

Dilampirkan kos belanja keseluruhan Umrah DIY admin untuk seorang sebagai panduan : Tarikh Umrah DIY     :       4 – 14 Januari 2016 ( 11 hari 10 malam ) Bilangan jemaah         :        8 dewasa, 2 bayi Penerbangan               :         Air Asia X, RM 1644 / seorang, pergi balik                                             Add on : Bagasi 25kg pulang   sahaja, 3x makan Penginapan                  :         RM 611 / seorang ( 10 malam )                                             Madinah : Hotel Mirage Taiba, 3*                                             SAR 250 / semalam / sebilik , bilik berempat, 500m dari Masjid Nabawi                                             Makkah : Hotel Ajyad Alqamar, hotel budget                                             SAR 200 / semalam / sebilik,   bilik berempat, 400m dari Masjidil Haram Pengangkutan                :      RM 356 / seorang                                             SAR 2500, Toyota Hiace 15 seaters , All in

Bab 15 - Mesin ATM

Pengaktifkan pengeluaran antarabangsa boleh dilakukan di mesin ATM, Online atau telefon ke pihak bank. Sebagai contoh, pemegang kad Maybank   boleh aktifkan pengeluaran antarabangsa di mesin ATM sebelum bertolak, secara online sepanjang masa atau panggilan telefon ke Maybank di Malaysia walaupun setelah berada di Tanah Suci. Sekiranya jemaah tidak bercadang untuk withdraw duit, tetapi kami galakkan juga aktifkan sebelum bertolak sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan.

Bab 14 - Simkad

Simkad adalah keperluan untuk memudahkan perhubungan terutama dengan kereta sewa, mutawwif dan sebagainya. Pilihan simkad yang ada ialah jenama Mobily 9 ( recommended ), STC dan KAA. Cara daftar prepaid Mobily di Madinah 1. Bawa telefon, passport atau salinan passport yang ada cop visa ke kios Mobily 2. Pilih prepaid samada data internet sahaja, call sahaja atau kedua-dua sekali 3. Staf Mobily akan proses, bayar, staff akan setting telefon sehingga boleh digunakan. Harga prepaid data sahaja                            : SAR 55 (2GB) Harga prepaid data bersama plan call      : SAR 95 (2GB, kredit SAR30) Cara top up prepaid internet Mobily Beli kad reload data internet di kios Mobily. Harga SAR 120 untuk 10GB. Taip V <no. visa umrah> <no reload yang telah digores> Hantar SMS ke 1100 * Harga bergantung kepada perubahan semasa

Bab 13 – Tukaran wang

Ada   4 pilihan : 1. Tukar di Malaysia Jangan tukar di Airport kerana kadar tukaran sangat tinggi, atau kita perlu membayar lebih. Untuk rujukan harga boleh lawati website money changer dibawah kerana ia sering menjadi rujukan oleh sebab harga tawaran lebih menarik berbanding tempat lain. www.moneymaster.com.my ( Mid Valley, Kuala Lumpur ) www.vitalrate.com ( Pavillion, Kuala Lumpur ) 2. Tukar di Makkah/Madinah Dahulunya kadar tukaran di Tanah Suci biasanya lebih menguntungkan berbanding tukaran di Malaysia. Jika jemaah bercadang hendak tukar di sana seeloknya tukar dahulu dalam kuantiti tertentu di Malaysia selebihnya tukar di sana. Jemaah juga dinasihati agar sentiasa semak kadar tukaran semasa. 3. Tukar sesama rakan Jemaah boleh tukar wang dari rakan yang baru pulang dari Tanah Suci. 4. Online Money Changer (MC) Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk ke MC ini pilihan yang tepat untuk jemaah. Bagi mereka yang luar Lembah Klang mungkin ini kadar lebih b

Bab 12 - Makan minum

Ada 3 pilihan : 1. Beli di kios atau restoran Madinah Terdapat   1 medan selera dibelakang Hotel Dar Al Taqwa, lokasi terletak   pintu belakang Masjid Nabawi.   Disini terdapat banyak pilihan makanan. Harga serendah SAR 15, 1 bahagian makanan boleh dimakan untuk 2 orang. Sekiranya jemaah ingin mencuba nasi unta dan sebagainya, jemaah perlu menaiki kereta sewa keluar dari kawasan hotel. Boleh rujuk mutawwif untuk maklumat lanjut. Makkah Terdapat banyak kios makanan dibawah Hotel Hilton. Harga serendah dari SAR 10, boleh dimakan untuk 2 orang. Selain itu terdapat banyak restoran   di tingkat 1 dalam Safwah Tower. Disitu juga terletaknya restoran Malaysia yang terkenal iaitu Felda D’saji dan restoran lain. Harga makanan disini agak mahal berbanding di bawah Hotel Hilton, tetapi rasanya lebih menyelerakan. 2. Tumpang Jemaah TA Sekiranya kita menginap di hotel yang terdapat juga jemaah dari Travel   Agensi   Malaysia atau dari tempat lain, boleh cuba hampiri ketua jema