Bab 4 – Pintu masuk dan keluar


Jemaah ada 2 pilihan samada memilih penerbangan terus ke Madinah atau turun di Jeddah. Kebiasaanya penerbangan terus ke Madinah harganya lebih mahal berbanding turun di Jeddah. Namun pada waktu tertentu terdapat juga promosi daripada pihak airlines bagi penerbangan terus ke Madinah.
Untuk Umrah DIY kami mengesyorkan agar jemaah memasuki Madinah terlebih dahulu selepas mendarat di Jeddah supaya perjalanan lebih selesa terutamanya jika membawa anak-anak yang masih kecil atau orang tua yang uzur. Sekiranya jemaah memilih untuk memasuki ke Mekkah dahulu, jemaah perlu memakai ihram sebelum berlepas dari Malaysia.

Pilihan cara masuk dan keluar dari Arab Saudi untuk visa umrah :
                1. Kuala Lumpur (KUL) – Jeddah (JED) – Kuala Lumpur (KUL)
                2. Kuala Lumpur (KUL)– Jeddah (JED), Madinah (MED) – Kuala Lumpur (KUL)
                3. Kuala Lumpur (KUL)-  Madinah (MED)– Kuala Lumpur (KUL)
                4. Kuala Lumour (KUL)– Madinah (MED), Jeddah (JED) – Kuala Lumpur (KUL)

Airport Code :  Ialah kod IATA, singkatan nama airport seluruh dunia
                Kuala Lumpur    :               KUL
                Jeddah                 :               JED
                Madinah              :               MED
                Kota Bharu          :               KBR
                Alor Setar            :               AOR

Airport Jeddah
Terdapat 3 terminal di Airport Jeddah iaitu :
1. Terminal Utara     : Dikenali juga sebagai terminal antarabangsa bagi semua international airlines
2. Terminal Selatan  : Khusus untuk Saudi Airlines bagi penerbangan antarabangsa dan domestik
3. Terminal Haji       : Khusus untuk musim haji. Kebiasaanya jemaah umrah juga diturunkan disini

TIPS : Penerbangan terus ke Madinah dan pulang dari Airport Jeddah (vice versa) dapat menjimatkan kos transfer kerana hanya 2x transfer berbanding tiba dan balik dari Airport Jeddah iaitu 3x transfer.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad