Bab 5 - Tempahan hotel


Harga hotel bergantung kepada jarak dan taraf bintang. Semakin dekat dan tinggi taraf bintangnya harga akan lebih mahal, begitu juga sebaliknya.  Hotel boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya :

1. Website hotel
2. Website third party, antaranya :
                a. www.booking.com
                b. www.agoda.com
                c. www.expedia.com.my

Terdapat 3 pilihan bayaran tempahan melalui website third party :
                a. Pay Now
                b. Pay Later ( Free Cancellation )
                c. Pay Directly To Property ( bayar semasa check in )

Jemaah disyorkan untuk menempah hotel yang ada pilihan “Free Cancellation & Pay Later”. Pilihan ini dapat memberi ruang kepada jemaah sekiranya ingin membatalkan tempahan kemudian hari jika ada sebarang masalah atau mendapat tawaran hotel yang lebih menarik. Semak juga dateline bayaran. Jemaah diingatkan tidak berulang kali buy and cancel kerana dibimbangi akaun jemaah di agoda.com (contoh) akan disenarai hitam dan semua tempahan sebelum ini akan dibatalkan.

Hotel paling hampir dengan masjid
Makkah : Hotel yang berada dalam Menara Jam
       Pullman Zam Zam,  Raffles Makkah Palace,  Al Marwah Reyhaan Rotana,  Royal Clock Tower        Fairmont, Movenpick Hotel, Retaj Al Bayt, Swissotel , Safwah Royal Orchid
Madinah : Hotel yang paling hampir dengan gate 25, pintu wanita
       Hotel Dar Al Taqwa, Hotel Al Jemaahlus Suites, Al Ansar Golden Hotel, Al Fayroz Shatta Hotel,         Dallah Taibah Hotel

TIPS : Kadangkala tempahan hotel melalui website third party menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party itu sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik

Antara hotel di Madinah beserta lokasi

Antara hotel di Mekah beserta lokasi

Comments

Popular posts from this blog

Bab 14 - Simkad