Bab 2 - Penetapan kos dan tarikh


Secara purata kos Umrah DIY adalah sekitar RM 3000 hingga RM 3500 seorang. Pertama sekali jemaah harus menetapkan kos siling untuk Umrah DIY mereka sendiri. Jadi setiap tempahan yang ingin dibuat haruslah tidak melebihi dari kos siling yang ditetapkan. Sekiranya bajet terhad, jemaah disyorkan pergi pada low season kerana peak season kebiasaannya kos lebih besar diperlukan.
Umrah DIY sinonim dengan penjimatan. Lagi sekali, bagi pemilihan tarikh jemaah dinasihatkan elak memilih tarikh pada waktu peak season kerana kebiasaanya akan berlaku kesesakan jemaah yang ramai. Kadar visa, hotel dan tiket penerbangan lebih mahal dari waktu low season.
Paling penting, pastikan tarikh yang dipilih itu visa Umrah dapat dikeluarkan kerana visa Umrah bukanlah boleh didapati  sepanjang masa. Pada musim haji, visa Umrah tidak dikeluarkan sehingga dibuka semula kebiasaanya pada 1 Safar tahun hijrah berikutnya. Jadi jangan mudah tertarik dengan tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan. Sentiasa semak status visa umrah untuk tarikh itu.
Contoh Peak Season :
- Cuti sekolah di Saudi ( hujung Januari / awal Februari )
- Bulan Ramadhan
- Musim sejuk ( Disember   )
- Cuti sekolah Malaysia ( pertengahan Mac /  hujung Mei / awal Jun )
 * diatas adalah contoh secara umum dan  boleh berubah-ubah. Jemaah dinasihatkan membuat semakan lebih lanjut  sebagai contoh tarikh cuti sekolah secara lebih spesifik
 TIPS : Kebiasaanya visa umrah dibuka semula pada 1 safar, tapi bukan suatu kemestian. Sebagai langkah berjaga-jaga, elak membeli tiket awal bulan safar. Disyorkan penghujung safar kerana kebiasaanya sistem permohonan visa sedang ‘warming up, dikhuatiri berlaku sebarang masalah.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad