Bab 6 - Pengangkutan

Jemaah digalakkan untuk mengambil bersama servis pengangkutan dari TA pengeluar visa bagi memudahkan perjalanan jemaah. Servis ini ada 2 pilihan samada “transfer” sahaja atau “all in”
Harga bergantung kepada jenis kereta dan kapasiti kenderaan yang diambil. Adakalanya “transfer” lebih jimat berbanding “all in”. Jika ambil transfer sahaja, untuk ziarah boleh guna servis kereta sewa atau teksi sekitar hotel penginapan.

Transfer               : tidak termasuk ziarah
Airport - Madinah - Makkah - Airport
All in                     : termasuk ziarah
Airport - Madinah - Ziarah Madinah - Makkah - Ziarah Makkah - Airport

Kos rujukan Transfer dan All In
Transfer  : SAR 1600 – SAR 1700 (GMC, 8 seaters), SAR 2100 – SAR 2200 (Hiace, 15 seaters)
All in       : SAR 2000 – SAR 2100 (GMC, 8 seaters),  SAR 2500 – SAR 2600 (Hiace, 15 seaters)
                                 
Kos rujukan lain ( teksi / kereta sewa )
Madinah Airport - Madinah Hotel             : SAR 50  - SAR 70 (kereta, 4 seaters)
Jeddah Terminal Hajj - South Terminal   : SAR 150 – SAR 200 (kereta, 4 seaters)
Jeddah Airport – Makkah                             : SAR 200 – SAR 250 (kereta, 4 seaters)
Makkah – Madinah                                         : SAR 400 – SAR 500 (kereta, 4 seaters)
Madinah – Makkah                                         : SAR 600 (gmc, 8 seaters)
Makkah - Jeddah Airport                              : SAR 300 (gmc, 8 seaters)
Makkah - Tanaim - Makkah                         : SAR 50 (kereta, 4 seaters)

* Kos diatas adalah contoh beberapa jenis kenderaan sahaja. Untuk yang lain sila rujuk TA visa jemaah. Harga boleh berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad