Bab 7 - Vaksin, passport, visa umrah


Vaksin
- Suntikan dan buku diperlukan untuk permohonan visa
- Nama vaksin : Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135)
- Harga sekitar RM130 -  RM150 untuk tempoh 2 tahun
- Anak bawah 2 tahun tidak perlu

Passport
- Pass perjalanan ke luar negara bagi mengantikan kad pengenalan
- RM200 (5 tahun, dewasa)
- RM100 (5 tahun, kanak-kanak)

Permohonan visa dengan Travel Agensi
Visa seeloknya dipohon sebulan sebelum dari tarikh berlepas atau paling lewat 2 minggu sebelum berlepas. Setelah peroleh visa, jemaah perlu berlepas dalam masa 14 hari dari tarikh visa dikeluarkan. Setelah tiba di Tanah Suci, jemaah dibenarkan pula tinggal maksimum 30 hari dari tarikh ketibaan. Namun begitu dikhabarkan pada bulan ramadhan jemaah dihadkan tinggal maksimum 15 hari sahaja untuk mengelak jemaah overstay sehingga musim haji. Apapun jemaah dinasihatkan sahkan dari TA dahulu sebelum membeli tiket penerbangan mengenai bilangan hari maksimum.
Visa umrah tidak seperti visa ke negara lain yang boleh dipohon terus di kedutaan.  Visa umrah hanya boleh dipohon melalui TA tempatan yang ada MOU dengan Muassasah (TA) Arab Saudi sahaja. Akan tetapi, tidak semua TA tempatan yang boleh proses visa umrah ini menerima permohonan bagi jemaah Umrah DIY. Hanya sebilangan kecil sahaja itupun jemaah perlu hubungi satu persatu diantara mereka.
Untuk permohonan visa umrah boleh hubungi  Ustaz Ben www.wasap.my/6010-3059185 ( whatsapp/telegram  )

Harga visa standard :  negotiable, bergantung kepada bilangan jemaah
RM 350 (normal season)
RM 450 (Ramadhan)

Dokumen wajib permohonan visa
Dokumen berikut wajib dihantar pada TA untuk permohonan visa  :
1. Gambar visa (latar belakang putih), 4keping
2. Buku suntikan vaksin
3. Passport original
4. Tiket penerbangan
5. Tempahan hotel
6. Dokumen tambahan  (jika berkaitan sahaja)

Senarai dokumen tambahan perlu disediakan, jika berkaitan sahaja :
A)        Pergi Bersama Mahram
1.         Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.
                (Cop pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
2.         Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan sijil lahir
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
3.         Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki - Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki   tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua)
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
4.         Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut.
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

B)        Mahram Bersama Bapa Tiri (Belum Berkahwin)
1.         Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
                (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
2.         Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
3.         Salinan Sijil lahir anak tiri
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
4.         Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah
                (Cop Pengesahan Wisma Putra)
5.         Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia,
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

 C)        Mahram Bersama Bapa Tiri (Sudah Berkahwin)
1.         Letter of Consent daripada suami
                (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
2.         Salinan sijil nikah
                (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
3.         Salinan kad pengenalan suami
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
4.         Salinan sijil lahir anak tiri
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
5.         Surat hak jagaan dari mahkamah syariah
                (Cop Pengesahan Wisma Putra)
6.         Salinan Sijil Mati jika suami tiada/meninggal dunia, 
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

D)        Mahram Bersama Bapa Saudara (Sebelah Bapa)
1.         Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
                (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
2.         Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
3.         Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
4.         Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

E)        i)          Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama bapa angkat)
1.         Salinan surat pengambilan anak angkat
                (Cop Pengesahan Wisma Putra)
2.         Salinan surat lahir anak angkat
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
            ii)         Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama orang lain)
1.         Salinan surat pengambilan anak angkat
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
 2.         Salinan surat lahir anak angkat
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
3.         Salinan surat perintah mahkamah
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

F)        Mahram Bersama Datuk Sebelah Bapa
1.         Salinan sijil lahir cucu
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
2.         Salinan sijil lahir bapa kandung
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
3.         Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung
                (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra)
4.         Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

G)        Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/adik beradik lelaki kandung
1.         Salinan kad/surat memeluk agama islam
                (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
2.         Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.  
                (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)

H)        Warganegara Asing
1.         Pemastautin Tetap (Permanent Residence) - kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan.
                (Cop Pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
2.         Visa Pekerja/Employment Pass - surat pengesahan majikan
                (Cop Pengesahan Notary Public & Wisma Putra)
3.         Visa Pelajar/Student Visa - surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah
                (Cop Pengesahan Wisma Putra)
4.         Visa Keluarga/Sosial Visa - salinan sijil nikah/sijil lahir 
                (Cop Pengesahan Wisma Putra)
5.         Pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta. Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad