Bab 17 : Cerita dongeng rakyat


Kebanyakkan penulis buku atau E-Book Umrah DIY jarang menyentuh tentang perkara ini. Ia berkaitan dengan cerita-cerita yang tiada kebenaranya.
1. Jemaah tidak boleh keluar dari airport jika Umrah secara DIY
Kami seringkali menerima pertanyaan yang sama dari orang sekeliling jika diajak mengerjakan umrah secara DIY. Soalan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah “ dengar kata tak boleh keluar airport kalau pergi tanpa TA, betul ke ?”. Jawapannya ialah tidak benar. Setakat berada dalam komuniti Umrah DIY belum pernah dengar lagi jemaah Umrah DIY dihantar pulang kerana mengerjakan Umrah secara DIY. Sekiranya jemaah masuk dengan cara yang betul, dokumen yang dilampirkan semasa permohonan visa umrah benar dan tidak pernah melanggar undang-undang Arab Saudi Insyaallah tiada masalah.
2. Jemaah beserta passport ditahan ketika keluar dari airport
Situasi yang sebenar ialah bukanlah jemaah dan passport ditahan. Ini merupakan proses biasa dari petugas Muassasah (TA) yang menunggu dipintu ketibaan untuk merekod ketibaan, mengesahkan identiti melalui semakan passport, visa, serta maklumat lain yang mereka perolehi melalui lampiran dokumen sewaktu permohonan visa iaitu tiket penerbangan, tempahan hotel dan lain-lain. Selepas proses ini selesai, passport dikembalikan dan jemaah boleh beredar. Jemaah disyorkan membuat salinan muka depan passport dan visa untuk diberikan kepada petugas untuk kelancaran proses ini jika perlu.
3.  Keperluan melapor diri kepada Petugas Muassasah
Nama muassasah terdapat di belakang passport. Lanjutan dari nombor 2, seusai keluar dari airport sememangnya jemaah tidak mengenali muassasah. Cuma sebutkan sahaja nama muassasah kepada mereka. Jika mereka petugas muassasah lain, mereka akan panggil petugas muassasah jemaah. Jika tiada siapa menunggu dipintu ketibaan, jemaah perlu bertanya orang sekitar. Untuk makluman jemaah, petugas muassasah sentiasa berada di airport untuk menunggu dan merekod kemasukkan jemaah dari seluruh dunia. Melapor ketibaan kepada petugas muassasah amat penting sekiranya apa-apa musibah berlaku seperti kematian, proses akan menjadi lancar. Jika tidak melaporkan ketibaan, muassasah akan anggap jemaah tidak datang. Keadaan akan menjadi lebih rumit jika perkara yang tidak diingini berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad