Bab 13 – Tukaran wang


Ada  4 pilihan :

1. Tukar di Malaysia
Jangan tukar di Airport kerana kadar tukaran sangat tinggi, atau kita perlu membayar lebih. Untuk rujukan harga boleh lawati website money changer dibawah kerana ia sering menjadi rujukan oleh sebab harga tawaran lebih menarik berbanding tempat lain.

www.moneymaster.com.my ( Mid Valley, Kuala Lumpur )
www.vitalrate.com ( Pavillion, Kuala Lumpur )

2. Tukar di Makkah/Madinah
Dahulunya kadar tukaran di Tanah Suci biasanya lebih menguntungkan berbanding tukaran di Malaysia. Jika jemaah bercadang hendak tukar di sana seeloknya tukar dahulu dalam kuantiti tertentu di Malaysia selebihnya tukar di sana. Jemaah juga dinasihati agar sentiasa semak kadar tukaran semasa.

3. Tukar sesama rakan
Jemaah boleh tukar wang dari rakan yang baru pulang dari Tanah Suci.

4. Online Money Changer (MC)
Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk ke MC ini pilihan yang tepat untuk jemaah. Bagi mereka yang luar Lembah Klang mungkin ini kadar lebih baik dari MC ditempat jemaah. Setakat ini ada 2 pilihan :

CIMB Traveller :
https://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/travelCurrency
Travellex :

Semudah 3 langkah :  Beli online >> Bayar online >> Collect di airport sebelum berlepas

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad