Bab 12 - Makan minum


Ada 3 pilihan :

1. Beli di kios atau restoran
Madinah
Terdapat  1 medan selera dibelakang Hotel Dar Al Taqwa, lokasi terletak  pintu belakang Masjid Nabawi.  Disini terdapat banyak pilihan makanan. Harga serendah SAR 15, 1 bahagian makanan boleh dimakan untuk 2 orang. Sekiranya jemaah ingin mencuba nasi unta dan sebagainya, jemaah perlu menaiki kereta sewa keluar dari kawasan hotel. Boleh rujuk mutawwif untuk maklumat lanjut.

Makkah
Terdapat banyak kios makanan dibawah Hotel Hilton. Harga serendah dari SAR 10, boleh dimakan untuk 2 orang. Selain itu terdapat banyak restoran  di tingkat 1 dalam Safwah Tower. Disitu juga terletaknya restoran Malaysia yang terkenal iaitu Felda D’saji dan restoran lain. Harga makanan disini agak mahal berbanding di bawah Hotel Hilton, tetapi rasanya lebih menyelerakan.

2. Tumpang Jemaah TA
Sekiranya kita menginap di hotel yang terdapat juga jemaah dari Travel  Agensi  Malaysia atau dari tempat lain, boleh cuba hampiri ketua jemaah mereka untuk menumpang pakej makan sahaja bersama mereka jika diizinkan. Biasanya kos makan pakej dibayar SAR 30 sehari untuk 3x makan sehari

3. Masak Sendiri
Bagi mereka yang bercadang untuk memasak sendiri, pastikan hotel jemaah menginap membenarkan kita memasak. Sesetengah hotel tidak benarkan membawa masuk rice cooker seperti Hotel Hilton. Barang memasak pula boleh beli di BinDawood atau boleh dibawa dari Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Bab 5 - Tempahan hotel

Bab 14 - Simkad